Tapi KENAPA mesti 10.10 ?!! WHY ?!
Tadi masa dok usya2 satu butik ni ternampaklah jam . Tetibe hati ni terusik nak tahu kenapa .kenapa,kenapa?Oke , topik harini simple, sempoi , cool je . KENAPA JAM-JAM YANG DIIKLANKAN DI MAJALAH2 MAHUPUN YANG DIJUAL DI BUTIK2 GUESS , ROLEX, ESPIRIT ataupun apa-apa jam mesti menunjukkan pada pukul 10.00 ?!! Ahaks ! Aku ade jawapan tu . Baru je google tadi ...
- Pertama sekali jika difikir secara logic kebiasaannya semua jam mempunyai logo atau jenama berada di atas atau di bawah posisi 12 atau 6, jadi bagi mengelakkan logo tersebut terlindung dengan jarum jam, pukul 10.10 adalah setting terbaik untuk mengelakkan logo syarikat itu dilindung oleh jarum jam.
- Angka tersebut sebenarnya merujuk kepada simbol smiley. Jadi dengan meletakkan jarum jam pada pukul 10.10, simbol smiley akan terbentuk. Ia juga salah satu alasan untuk marketing.
- Selain itu, angka-angka tersebut juga tidak menutup fungsi tarikh atau kelendar pada jam tersebut.
- Lagi satu adalah fakta ialah pada pukul 10:10 adalah merupakan tanda penghargaan terhadap Abraham Lincoln yang mati di tembak pada jam/waktu tersebut.
: Surah 10 (Yunus) ayat 6-10
-10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah menciptakan di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.
-10:7. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat berpuas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami,
-10:8. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka mengusahakan.
-10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Pemelihara mereka akan memberi petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.
-10:10. Seruan mereka di dalamnya, “Engkau disanjung, ya Allah”, dan salam hormat mereka, “Salam”, dan akhir seruan mereka, “Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.”
TAU TAKPA , TAK TAU TANYA , TAK TANYA TAK TAU !
Oke bye , nak balik ni . Opis awer!
Credit to : Google
Labels: akuajanamka.namka, espirit, guess, jam tangan pukul 10.10, kenapa jam pukul 10.00, nana, rolex
Wednesday, March 27, 2013 @ 4:52 PM / 0 daisies
Please view with Google Chrome in a screen resolution of 1280 x 800.
Picture from: Tumblr All rights reserved 2011 - Infinite.





